Thursday, 3 March 2016

SUSU SEGAR BERPERISA

yumm!

Dah lama tak minum, bila dapat sekali berkotak terus kitorang beli hehe.
Beli dekat Kilang melalui agen, kilang tu dekat Taiping. So alang-alang dari Penang nak balik ke Manjung.. singgah la beli hehe

Kadang-kadang beli banyak terus then jual dekat Pesto Pizza Manjung. Sebab tau, mesti ramai nak merasa air ni tau.. bukan senang nak dapat pulak tu.

Kilang tu sangat-sangat dekat dengan exit tol Taiping.

Monday, 11 January 2016

Checklist barang untuk bersalin di hospital


Depends jugak tempat yang kita pilih untuk bersalin tapi saya bersalin di hospital kerajaan.
Bila Noah lahir, baby dipakaikan baju hospital dan baju baby yang saya bawak tidak digunakan pun.
Kebetulan Noah lahir terus masuk NICU for babies sebab dia dah duduk dalam air ketuban yang leaking lebih 24 jam, doktor takut ada infection. Alhamdulillah, he is fine. Esoknya boleh balik dah hehe. so ini checklist yang saya buat sebelum bersalin dan barang-barang yang dibawa ke hospital.

Saya dah ready beg baby since 36 weeks dan saya punya beg pulak saya load sikit-sikit sebab tak tahu nak bawa apa masa tu. Jadi, saya load barang saya sikit-sikit ikut keperluan.

1 beg barang baby
1 beg barang ibu
1beg barang keperluan di labour room ( tapi tak guna pun sebab hospital sediakan diorang punya)

Tapi ikutlah, sesetengah tempat akan minta barang baby and ibu di labour room. so prepare jela JUST IN CASE.


BEG BABY
- 3 hingga 5 pasang baju saya bawa. ( romper baby dan lengan panjang )
- Diapers 10 helai (kalau takut tak cukup boleh bawak extra tapi saya 10 dah mencukupi)
- Lampin atau blanket baby untuk bedung (3 helai )
- Mitten & booties ( 5 pasang )
- Minyak telon
- Bedak bayi
- Topi baby (optional)
-Towel baby

BEG IBU 
- Kain batik 2 pasang ( just in case) tapi saya guna kain hospital je
- Maternity pad (ikutlah banyak mana) tapi saya guna Kotex pad overnight + wing instead of maternity pad biasa sebab tak bagus kualiti.
- Stokin tebal 5 pasang
- Sepasang baju untuk keluar hospital (yang lawa so takdela balik rumah kain batik je)
- Tudung sarung untuk pakai dalam wad.
- saya pakai shawl masa keluar hospital so extra fancy sikit la. lepas bersalin nak la berseri jugak.
- This might sounds kelakar but i brought my makeup pouch, yang basic je ( BB stick, powder cake and lip tint) so masa keluar hospital saya tak nampak pucat.
- Sandal/ selipar untuk pakai dalam wad/nak masuk hosp/keluar hosp
- Disposable panties (okay yang ni penting ye. Masa saya bersalin Noah, saya nampak banyak ibu-ibu lain yang pakai panties biasa. Bayangkan you're in pain, lemah, bleeding heavily kan so tak penat ke nak basuh panties bersih-bersih and sidai pulak dalam toilet  sampai kering. so, sila beli disposable panties lepas pakai..basuh panties lightly dengan pad tu terus buang. easy kan.. )
- Phone, charger or power bank saya tak tinggal :p
- Toiletries ( of course la lepas bersalin dah busuk berpeluh dan nak segarkan badan. Bawak la segala shampoo, body wash ke apa )


BEG LABOUR ROOM
- Sepasang baju baby + mitten and booties
- Diaper baby
- Maternity pad
- Panties
- Blanket baby untuk bedung


P/S : agak pelik kalau sesetengah rasa kenapa saya nak melawa bawak barang makeup pergi hospital tapi saya jenis orang yang jaga penampilan especially untuk suami. Takkan lepas bersalin bila BALIK RUMAH nak bagi suami tengok muka pucat lesu. Baru dapat baby mestilah kena berseri-seri and happy :)  **tapi waktu meneran anak takla saya melaram siap lukis kening, saya bukan che ta :P









Friday, 8 January 2016

Let me be your ruler


Pengalaman bersalin ( First time mother )


Alhamdulillah, now Noah almost 4 months dah.

Location : Hospital Seri Manjung, Perak



Kalau nak diikutkan Noah lahir dah terlebih due date, sepatutnya 8hb Sept 2015 tapi dah terlajak 4 hari haha sebab mama dia tak sakit-sakit langsung nak bersalin. ;p
okay lah.. disebabkan dah overdue i cuak gila.. so i google and praktis macam-macam untuk bagi baby keluar. Thiannnnn haha. apa yang tak buat..semua dah buat. naik tangga turun tangga, jalan laju-laju, jalan itik, macam-macam lah.. nak dijadikan starting point cenonet Noah keluar..macam ni

11 September 2015 :
pukul 2.40 am macam tu.. i bangun macam biasa nak buang air kecil biasalah time perut dah besar of course toilet tu jadi tempat favourite.. so lepas selesai hajat i tried tidur balik tapi tak boleh.. sebab risau kenapa budak dalam perut ni tak mau keluar lagi.. so i bangun balik and tawaf dalam bilik (masa tu i tinggal rumah mertua sebab husband kerja Penang) pusing-pusing jalan laju dan untuk round yang ke 40 lebih macam tu... ehhh i rasa ada air turun and i'm sure okay i bukan terkencing. call husband, husband call mertua i (padahal i yang satu rumah) tapi mertua i tak sedar. so i ketuk je pintu bilik my mil bagitau yang i dah keluar air ketuban. Dalam hati excited sangatt nak jumpa baby. ohh suami masa tu dekat penang, so dia terus shoot balik pukul 3 pagi tu jugak sebab risau isteri dia terberanak without him. hehehe


4 am (still on friday)
Dah on the way ke hosp manjung which is tak jauh pun dari rumah.. 10 minit je. Sampai je terus pergi bahagian emergency dewan bersalin.. ermm nurse yang dekat front desk time tu kenapa tah moody semacam. tak cukup tidur agaknya tapi buat tak tau je. Lepas tu..Doc housemanship yang handle time tu.. check betul ke tak air ketuban.. dia seluk then dia suruh i teran..tapi dia kata tak nampak air yang keluar.. yang paling tak tahan..dia cakap macam ni.. 'akak, saya rasa akak terkencing je ni.. bukan air ketuban ni'. Dalam hati nak je balas balik 'heii, tak kan la akak tak reti beza kencing ke tak. erghh..' tapi tak cakap pun haha. Sabar jela. Dia pun tak sure tapi suruh jugak i masuk wad pagi tu jugak sebab dah overdue.

7 am
Lepas my mil and fil dah settlekan urusan i masuk wad, diorang balik sebab kena kerja. So i duduk la dalam wad tido balik tapi tak lena sebab panties memang lencun je sebab air ketuban tak berhenti-henti keluar. I tukar panties sekerap yang mungkin. I senyap and kata okay jela bila nurse and another Doc hoseman yang bertugas dalam wad datang tanya condition. Dalam pukul 8 am macam tu doc houseman yang tadi tu datang balik.. 'akak..kenapa akak tak cakap tadi air ketuban akak keluar.. saya tanya akak jawab okay je' masa tu i was like.. eh? yang first doc houseman check dekat dewan bersalin tu tak bagitau dalam report ke? (yang kata i terkencing tadi hmmmph). so lepas tu..diorang check bukaan and panties nak tengok takut-takut air ketuban dah jadi warna hijau ke (*takut baby berak dalam perut)
so the whole day Jumaat tu nuse asyik datang check perut and panties untuk tengok warna air ketuban (since mine dah leaking) Doc pakar datang check and bagitau.. kalau sampai esok pagi i tak sakit-sakit jugak bersalin.. i akan di INDUCE  errmm i dah takut time tu sebab ramai kata dekat internet cakap sakit.. T_T
I TAK SAKIT LANGSUNG SAMPAI ESOK PAGI. SO KENA INDUCE LA JAWABNYA. REDHA



12 September 2015

6 am
Nurse datang check tanya ada sakit tak, 'takda la nurse'
nurse pun jawab.. okay ready ye, mandi awal-awal.. puasa start pukul 7 am ye.. sebab awak kena induce. Takutnya time tuuuu...

7.30 am
I beratur dengan 3 orang lagi untuk di induce. Diorang sebab ada yang darah tinggi and kencing manis so kena induce,, i pulak sebab dah overdue and baby dah duduk dalam air ketuban yang leaking more than 24 hours. tengah-tengah beratur tu..Doctor-doctor housemanship semua berkumpul untuk jumpa pakar.. so Doc houseman perempuan yang cakap i terkencing tu ada, bila dia nampak i jadi malu la dia.. sebab doc houseman lain check i boleh tau yang air ketuban i leaking.. yang dia boleh pulak cakap i terkencing, sabar jelaa..
so, I last person yang beratur untuk masuk bilik induce tu.. bila sampai je turn i.. masuk.. baring.. Doc pun seluk.. 'Puan, dah ada bukaan 3 cm, so tak payah induce lah.. terus masuk labour room' and i was like 'WHATTT?' tak percaya haha. so dengan happy packing barang..call husband.. 'abang, sayang tak payah kena induce. masuk labour room jam 9. datang cepat tau! ;p'

9 am
i siap jalan kaki lagi bawak barang-barang masuk labour room ( sebab tak sakit apa langsung ) hehe

9.30 am
dah siap semua, baring atas katil labour room je husband pun sampai :) selalu orang cakap labour room sejuk gila. tapi i rasa tak sejuk pun.. husband siap berpeluh lagi. Rupanya aircond rosak, LOL
Nurse tanya tak sakit ke, i cakap tak sakit apa pun.. nurse cakap kalau tak sakit jugak kena induce cara drip liquid apa tah untuk bagi datang sakit contractions. So, lepas dah letak ubat drip tu.. i sembang-sembang dengan nurse and husband.. by the way. hosp manjung tak benarkan husband teman isteri time meneran atas banyak sebab. *entry lain i cerita. Then i tanya.. boleh ke kalau saya tak nak ada staff lelaki yang masuk time saya bersalin? nurse cakap boleh.. nak request? i senyum happy and angguk. Dia terus ambil kertas and tulis 'FEMALE ONLY' then tampal depan pintu labour room.

10 am
sakit tak datang lagi. I boleh lagi ketawa-ketawa dengan husband and nurse. Then she said,
'haaa ni boleh ketawa lagi..tunggu la sakit memuncak kang..semua orang dia marah' so dia tambah dos ubat drip tu..dari 2 to 4

10.30 am
sakit senggugut mula datang ( mild contractions )
i still boleh senyum, husband pegang tangan sambil sembang-sembang. Nurse tambah lagi dos from 4 dos to 6 dos.

11 am
haha time ni dah rasa sakit sakit sampai pejam-pejam mata. Tak boleh senyum langsung dah.. dah menggigil then genggam tangan husband kuat gila. Husband bacakan ayat surah Maryam rasanya time tu tapi i dah tak boleh focus.

12 pm
Dah macam orang nak mati. i still remember, i cried and murmured entah apa-apa.
Gas lali tu i sedut jee untuk kurangkan sakit tapi dah macam lalok pulak :p
nurse datang tengok i dah sakit sangat... dia terus kurangkan dos balik kepada 2 dos. then, dia seluk.. eh, dah 8 cm bukaan! terus husband kena keluar and midwife and sekalian dalam tu buat preparations untuk bersalin.

12.30 pm
kejap diorang suruh i teran mengiring ( untuk cepatkan baby turun) kejap-kejap telentang. while pregnant, i didn't go to any birthing class, despite all the articles i've read i thought i was ready to push. haha to push je pun. But in reality, i wasn't.. i tak reti push him out from my womb that time. kejap keluar then masuk balik. Nurse cakap you kena push macam teran berak. errr.. i rasa berbeza kut, teran berak berkali ganda senang kut.. sebab baby bukan keluar dari lubang punggung. entahlah.. i pun tak tau. so after noah and mama playing push outside and pull inside...

2.30 pm
Finally Noah keluar! they put the baby on my chest and i still remember how warm he was. fresh from my womb. mama love you noah

Syukur sangat pada ALLAH swt sebab mudahkan urusan bersalin kan noah,,kejap je sakit.

KUDOS to nurses and staffs at hospital seri manjung atas layanan yang mesra. so far semua baik and sangat helpful :) walaupun duduk wad ramai-ramai tu :P at least tak bosan..boleh sembang-sembang hehe






Wednesday, 6 January 2016

I came back for blogging

HI <3

I deleted my old account because of.. well, not going to tell you :p

so here's my new blog and let's start fresh gais